Amacam, merembes tak bila dengar lagu yang bertajuk ‘Mr. Saxobeat’ ni? Haa, ini baru sikit. Lagi-lagi bila dengar lagu yang anda sendiri tak kenal siapa penyanyinya. Ingatkan budak mana pula yang buat lagu letak di Youtube.
Kumpulan ini dikenali sebagai Clora Studio, terdiri daripada Syed Shamim & Tasha Manshahar sebagai Vokalis, muzik oleh Aizat, dan video pula oleh Ximited Production.
Mereka semua ini terdiri daripada yang memiliki minat yang sama dalam bidang muzik. Menurut anggota kumpulan, ini hanya projek ‘just for fun’ sahaja.
Oh ya, ada lagi lagu nyanyian Tasha yang bertajuk ‘Be Mine’, mencipta rekod apabila dalam masa 4 hari sahaja sudah ditonton oleh 40,000 viewers.
Kami lihat kumpulan ini mungkin boleh menyaingi artis Youtube yang sudah terkenal, Yuna dan Najwa Latif. Tambah-tambah lagi bila lihat kecomelan Tasha Manshahar. Tasha kini sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan bakal bergelar guru.