
Siapa tidak kenal Lana Nordin yang suatu ketika dahulu pernah digelar sebagai Pamela Anderson Malaysia. Pada kami, ianya mungkin gelaran sesuai pada waktu itu, namun tidak sekarang apabila sudah pun kami alihkan kepada Zarina Anjulie.
Walaupun populariti tidaklah bertahan lama, artis ini menyegarkan mata kami pagi ini dengan tampil berbikini di Jakarta.
Kredit kepada Cari! atas gambar yang terpapar, ianya merupakan gambar Lana Nordin berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Parti yang berlangsung 16 Jun lalu. Parti tersebut diadakan sempena festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dari awal malam sehingga pagi.
Ramai pula kami lihat artis Malaysia pergi ke Indonesia dan tampil seksi. Mungkin cuaca di Jakarta agak panas, sebab itulah Lana hanya mengenakan pakaian sedemikian. Heh.

