
Hanya dengan sekali lafaz Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminudin, 46 tahun sah bergelar isteri kepada Azhar Ghazali dengan mas kahwin RM50,300.
Majlis pernikahan Ella dan pasangan, Azhar Ghazali telah berlangsung di rumah keluarga Ella, Teluk Gadong, Klang.
Seramai 300 orang tetamu dijemput hadir ke majlis pernikahan mereka dan ini set gambar di sekitar majlis pernikahan Ella dan Azhar untuk tatapan peminat selepas ini.



















